Rasuah: Dua beradik dipenjara sehari, denda RM10,000

Rasuah, Dua beradik dipenjara sehari, Adik beradik denda RM10,000, Berita Malaysia
Kedua-dua tertuduh ketika hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini

SHAH ALAM— Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sehari dan denda RM10,000 masing-masing kepada dua adik beradik selepas mereka mengaku bersalah gagal melapor permintaan rasuah.


Hakim Rozilah Salleh  memerintahkan tertuduh, Asdi Ali, 41, pengurus syarikat SD Unggul Enterprise dan Amir Ali, 45, pengurus syarikat Amierul Bina Enterprise/Akai Enterprise menjelaskan denda atau penjara enam bulan, jika gagal berbuat demikian.


Mengikut kertas pertuduhan, sekitar tahun 2020, Asdi dan Amir yang mana daripada mereka berdua, suatu suapan diperoleh oleh seorang Jurutera Daerah Gred J48, Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor sebagai dorongan kepadanya untuk membuat sesuatu yang berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya dan ia telah melanggar peruntukan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


Kedua-dua tertuduh tidak melaporkan kesalahan perolehan suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar serta nama orang yang memperoleh jika diketahui kepada pegawai SPRM atau pegawai polis yang paling hampir dan dengan itu, kedua-dua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25 (3) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (4) akta yang sama.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noryusriza Zulkifli.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.