PGA rampas 15,000 liter diesel bersubsidi
![]() |
Sebahagian tong mengandungi minyak diesel yang berjaya dirampas oleh PGA Sarawak. |
KUCHING— Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 Batu Kawa berjaya merampas 15,000 liter diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sini.
Rampasan tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Rampasan telah dibuat ke atas beberapa tong berisi minyak diesel sebanyak 15,000 liter. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM191,850,” menurut KPDNHEP Sarawak dalam satu kenyataan malam tadi.
Kementerian turut menggesa pengguna untuk menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Tambahnya, KPDNHEP akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.