Penjahat buka balai polis palsu 500 meter dari rumah ketua polis tempatan

Penjahat, Balai polis palsu, Penipuan, Hotel di Bihar
Polis India sebenar. Gambar hiasan kredit unsplash

PATNA — Pihak berkuasa India menumpaskan sebuah sindiket penipuan yang mengendalikan balai polis palsu dari sebuah hotel di Bihar, selepas lapan bulan beroperasi.


Pegawai polis tempatan, D.C Srivastava berkata, kumpulan itu membuka balai polis di lokasi hampir 500 meter dari rumah ketua polis tempatan yang sebenar dan memakai pakaian seragam dengan lencana pangkat dan membawa senjata api.


“Mereka mengenakan bayaran kepada penduduk tempatan yang datang ke stesen palsu untuk membuat aduan kes selain mengaut keuntungan dengan berjanji membantu mendapatkan perumahan sosial dan pekerjaan dalam perkhidmatan polis.


Polis palsu ini turut dipercayai memeras wang daripada ratusan orang awam,” katanya kepada AFP.


Sindiket itu membayar gaji harian sekitar 500 rupees (sekitar RM28) kepada orang ramai dari kawasan luar bandar untuk berpura-pura menjadi pegawai polis di balai itu.


Namun taktik penipuan ini terbongkar selepas pegawai polis yang sebenar melihat dua ahli kumpulan membawa senjata yang dibuat di bengkel tempatan, bukannya senjata yang digunakan anggota polis.


“Sekurang-kurangnya enam ahli kumpulan termasuk dua wanita sudah ditangkap manakala ketua kumpulan masih bebas.


Siasatan sedang dijalankan dan maklumat lanjut akan didedahkan,” kata Srivastava.


Insiden menipu sebagai anggota polis atau askar adalah perkara biasa di India namun tindakan menubuhkan balai polis palsu dianggap satu lagi ‘pencapaian’ hebat penipuan di negara yang terkenal dengan ketakutan dan rasa hormat yang melulu terhadap anggota berpakaian seragam.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.