Penjaga stor kedai serbaneka 24 jam dirompak dua lelaki bersenjata
![]() |
Gambar hiasan |
SIBU—Seorang penjaga stor lelaki sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Kampung Datu Sibu menempuh detik hitam apabila menjadi mangsa rompak bersenjata awal pagi semalam.
Borneo Network difahamkan, dalam kejadian sekitar 4.30 pagi itu, mangsa sedang bertugas apabila tiba-tiba didatangi dua lelaki yang tidak dikenali.
Salah seorang suspek menggunakan helmet tertutup di bahagian muka manakala seorang lagi memakai topeng muka dan helmet .
Seorang daripada suspek kemudian mengacu pisau ke arah mangsa dan mengarahkan mangsa mengeluarkan semua duit dari laci.
Mangsa yang ketakutan kemudian menyerahkan duit yang disimpan dalam laci sebanyak RM237.15 kepada suspek.
Kedua-dua suspek terus beredar melarikan diri.
Berikutan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis dan setakat ini kes masih dalam siasatan.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.