Pejalan kaki maut dilanggar lari

Pejalan kaki maut, Lelaki dilanggar lari, Jalan Sibu- Durin, Sarawak Update

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat dikejadian. Gambar kredit PDRM


SIBU-- Seorang pejalan kaki maut dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Jalan Sibu- Durin, di sini pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, dalam kejadian sekitar 11.36 pagi itu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun cuba melintas jalan.


"Mangsa telah dilanggar oleh kenderaan tidak diketahui jenisnya hingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.


Mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Sibu yang berada di lokasi," katanya dalam kenyataan.


Katanya, polis masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran atau menghubungi Insp Din Jumit di talian 013-8297707.


Zulkipli turut menasihatkan orang ramai agar memandu dengan berhati-hati bagi menjaga
keselamatan diri dan orang lain.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.