-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Pasukan Khas Jihad tangani inflasi bawa kesan positif - PM

| Ogos 27, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-27T05:35:10Z
Ismail Sabri semasa Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Peringkat Kebangsaan dan Penjenamaan Semula Program JMKM di sini hari ini.

BERA—Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat mula melihatkan hasil yang positif. 


Beliau berkata kesan penubuhan pasukan itu menyaksikan kenaikan harga lebih terkawal dengan jaminan rantaian bekalan makanan dan barangan lebih meyakinkan terutama ayam dan minyak masak dalam botol.


"Kerajaan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup dan inflasi semasa yang melanda seluruh dunia.


"Langkah seterusnya, kerajaan memperluaskan dan menjenamakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) kepada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) melibatkan 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan," katanya.


Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Peringkat Kebangsaan dan Penjenamaan Semula Program JMKM di sini hari ini.


Program JMKM yang bermula pada minggu ketiga bulan ini hingga Disember ini menawarkan pengurangan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa setempat.


Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM80 juta melalui lima kementerian sebagai agensi pelaksana untuk menjayakan JMKM sehingga akhir tahun ini, yang diharapkan akan memberi manfaat langsung kepada rakyat Malaysia. 


-- BERNAMA 

×
Berita Terbaru Update