Ops Bersepadu: Polis tahan dua lelaki miliki dadah, keluar 62 saman

Ops Bersepadu, Dua lelaki ditahan, Dadah, keluar 62 saman, Sarawak Update
Gambar PDRM 

BINTULU—Polis menahan dua lelaki tempatan kerana memiliki 0.5 gram dadah jenis syabu, selain mengeluarkan 62 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Ops Bersepadu di sekitar Bintulu, semalam.


Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Batholomew Umpit berkata, ujian hasil ujian saringan air kencing turut mengesahkan kedua-duanya positif dadah jenis Amphetamine dan  Methamphetamine.


Gambar PDRM 


“Turut diadakan sekatan jalan raya, 'snap check' dan rondaan cegah jenayah di laluan tumpuan Mat Rempit untuk kegiatan lumba haram.


Polis turut turut menjalankan pemeriksaan terhadap 520 kenderaan melibatkan 753 individu,” katanya dalam kenyataan.


Beliau menambah, seorang lelaki tempatan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen. 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had.


Sementara itu, operasi itu disertai anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) meliputi kawasan panas jenayah, premis perniagaan, pusat hiburan, hotel bajet dan bistro.


"Operasi bersepadu ini akan dijalankan dari masa ke masa bagi memastikan masyarakat di Bintulu hidup dalam keadaan selamat sekaligus menjadikan Bintulu sebagai sebuah bandar yang selamat untuk didiami.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.