Mayat mangsa lemas di Nanga Entalau ditemukan

Mayat mangsa lemas di Sungai Nanga Entalau Skrang ditemukan pagi tadi. Gambar kredit Bomba 

SRI AMAN—Mayat mangsa lemas di sungai Nanga Entalau Skrang, di sini, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak) berkata, mayat Tay Xian Wei ,21, ditemukan pada  7.30 pagi.



“Mayat mangsa ditemukan dalam radius satu kilometer dari lokasi Pusat Kawalan Bomba (PKB).


“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk pengesahan keluarga, serta untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam kejadian Isnin lalu, Tay bersama lima lagi rakan mandi-manda di sungai tersebut sebelum dilaporkan hilang dikhuatiri lemas.


Manakala lima orang rakan mangsa selamat.


Dengan penemuan mayat itu operasi SAR ditamatkan pada jam 9 pagi.

Next Post Previous Post