Mayat mangsa bot karam ditemukan tersangkut pada ranting kayu

Mayat mangsa bot karam, Mayat ditemukan, Mayat tersangkut pada ranting kayu, Sarawak Update
Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa bot karam yang ditemukan tersangkut pada ranting kayu di sungai SK Kuala Kebulu hari ini. Gambar kredit Bomba Sarawak

BINTULU—Mayat lelaki warganegara Indonesia yang lemas dalam insiden bot Karam di sungai Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu, Jelalong Tubau, di sini, Sabtu lalu ditemukan terapung hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa dijumpai orang kampung tersangkut pada ranting kayu di tepi sungai pada jarak dua kilometer ke hilir sungai dari tempat perahu mangsa karam.


"Pasukan operasi mencari dan menyelamat(SAR) dimaklumkan penemuan mayat oleh pihak polis Tubau pada jam 9 pagi.


"Anggota SAR bergerak ke lokasi penemuan untuk mengambil mayat tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,selepas pengecaman dan pengesahan dibuat oleh rakan mangsa,mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.


Dengan penemuan mayat berkenaan operasi SAR ditamatkan pada jam 3.25 petang ini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.