Mayat dua kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian yang dilelong di NZ
Gambar hiasan kredit Pixels |
WELLINGTON— Polis tempatan sedang menjejaki suspek pembunuhan dua kanak-kanak yang mayatnya ditemukan di dalam dua beg pakaian yang dibeli dalam satu acara lelongan di New Zealand minggu lepas.
Detektif Inspektor Tofilau Faamanuia Vaaelua berkata, kedua-dua mayat itu mungkin disimpan selama beberapa tahun dengan dipercaya berumur antara lima dengan 10 tahun ketika mereka meninggal dunia.
“Mayat tersebut disembunyikan di dalam dua beg bersaiz agak sama dalam tempoh yang agak lama.
Setakat ini kita belum mengetahui identiti kanak-kanak tersebut, namun polis percaya mereka mempunyai keluarga di New Zealand,” katanya dalam kenyataan semalam seperti dilapor Reuters.
Mayat kanak-kanak itu ditemui apabila sebuah keluarga membeli barangan dalam sebuah treler yang dilelong dari sebuah unit simpanan di Auckland Selatan.
“Bagaimanapun, saya tegaskan keluarga tersebut tiada kaitan dengan pembunuhan.
Kami tidak menolak kemungkinan keluarga tersebut tidak menyedari kanak-kanak itu sudah mati,” katanya.
Ketika ini polis belum mendedahkan bagaimana mangsa dibunuh usaha menjejaki pembunuh itu sedang giat dilancarkan.