Lelaki ditahan miliki pelbagai jenis dadah

Pelbagai jenis dadah yang dirampas. Gambar kredit PDRM

MIRI—Polis Miri menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM9,074.05 di sini petang semalam.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan oleh  polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sekitar jam 3.30 petang.


“Semasa ditahan, suspek menyerahkan satu beg galas dan hasil pemeriksaan menemui 10 paket jus master seberat 316.80 gram, tujuh biji pil erimin 5 seberat 1.94 gram dan tujuh paket ketamin 7.26 gram.


Suspek dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dinukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.


ALexson menasihatkan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama. 

Next Post Previous Post