Kuching City FC benam Selangor 2, 1-0

Kuching City FC, Selangor, Liga Premier, Stadium Negeri Sarawak, Ramesh Lai Ban Huat, Sarawak Update
Gambar kredit Kuching FC

KUCHING– Pasukan Kuching City FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengatasi Selangor 2 dengan kemenangan tipis 1-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri Sarawak di sini, malam ini.


Pemain pertahanan berusia 42 tahun, Ramesh Lai Ban Huat muncul wira skuad “The Cats” apabila sepakan hantaran silangnya terus memasuki gawang lawan pada minit ke-25.


Beraksi di hadapan lebih 100 penonton, jaringan awal itu membangkitkan semangat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk terus menggandakan asakan dan berjaya mencipta beberapa peluang keemasan pada babak pertama.


Namun, kesemua percubaan gagal diterjemahkan akibat ketumpulan jentera serangan.


Memasuki babak kedua, pasukan pelawat berusaha mendapatkan jaringan penyamaan namun gagal dan keputusan berakhir 1-0 dengan Kuching City meraih tiga mata penuh.


Keputusan malam ini menyaksikan Kuching City, yang kekal di kedudukan keempat, berjaya merapatkan jurang bersama tiga pasukan teratas dengan 30 mata, manakala Selangor 2 kekal di tangga kelapan dengan 13 mata selepas 16 aksi.


Kelantan FC kekal di persada liga dengan 36 mata selepas 16 perlawanan, diikuti Johor Darul Ta’zim (JDT) II yang kurang satu aksi dengan 33 mata dan Terengganu FC II dengan 30 mata, mengatasi Kuching City berdasarkan kelebihan jaringan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.