Kes remaja mati dipukul, polis tahan 12 suspek

Kes remaja dipukul, polis tahan 12 suspek, Sarawak Update, Berita Sarawak terbaru
Siasatan berhubung kes kematian remaja yang dipukul beramai-ramai pada. Gambar arkib

KUCHING— Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching telah menahan sembilan lelaki dan tiga wanita warga tempatan berhubung kes mengakibat kematian remaja yang dipukul beramai-ramai bagi membantu siasatan hingga hari ini.


Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata,kesemua suspek berusia antara 14 hingga 50 tahun.


Menurutnya, tangkapan pertama melibatkan dua lelaki warga tempatan berumur 43 tahun dan 50 tahun dan diluluskan reman Majistret Kuching selama tujuh hari sehingga 5 Ogos ini.


"Tangkapan kedua melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 17 dan seorang remaja wanita berumur 16 tahun dan diluluskan reman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos ini. 


"Tangkapan ketiga melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 21 tahun, diluluskan reman selama tujuh hari hingga 7 Ogos ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, tangkapan keempat melibatkan tiga lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 15 hingga 21 tahun telah diluluskan reman sehingga 8 Ogos ini.


"Tangkapan terkini iaitu semalam melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berumur 14 hingga 19 tahun, permohonan reman dilakukan di Mahkamah Kuching hari ini, reman diluluskan selama tujuh hari sehingga 10 Ogos ini," ujarnya.


Beliau berkata, dengan tangkapan semua suspek yang terlibat kes telah selesai, pihak polis akan merujuk kepada pihak Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," tegasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.