Kanak-kanak robek bahagian pipi diserang anjing jiran

Kanak-kanak robek bahagian pipi, Kanak-kanak diserang anjing, Sarawak Update
Mangsa yang cedera diserang anjing jiran menjalani rawatan di Hospital Sibu

SIBU— Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera sehingga robek di bahagian pipi selepas digigit anjing jiran, di sini semalam.


Borneo Network difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 4 petang ketika kanak-kanak itu berada di luar rumah mereka di Jalan Ulu Oya/Jalan Satria.


“Mangsa telah dikejar dan digigit oleh anjing tersebut pada bahagian muka.


“Akibat gigitan anjing itu, bahagian pipi mangsa telah robek manakala bahagian dahi turut mengalami luka,” katanya.


Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut oleh keluarganya.


Setakat ini mangsa masih dirawat di hospital.


Sementara itu, wartawan kami cuba berhubung dengan pemilik anjing, namun ketukan di pintu rumah mereka tidak dijawab. Manakala semua ahli keluarga mangsa tiada di rumah.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.