Insiden babitkan Alec Baldwin: Laporan forensik FBI dapati picu pistol ditarik

Alec Baldwin

WASHINGTON— Laporan forensik FBI menyimpulkan bahawa picu pistol yang mengakibatkan insiden maut di set penggambaran filem lakonan Alec Baldwin, “Rust” tahun lepas telah ditarik, lapor United Press International (UPI).


Baldwin, 64, menjadi topik utama tahun lalu apabila pelakon itu pistol prop Colt .45 Colt yang digunakann ketika dalam set pengambaran filem itu telah meragut nyawa ahli sinematografer, Halyna Hutchins.


Pelakon yang memenangi Golden Globe, sebelum ini mendakwa dia tidak menarik picu pistol.


Menurut laporan forensik yang diperoleh ABC News, sekiranya pistol dikunci sepenuhnya, ia tidak boleh melepaskan tembakan "tanpa tarikan picu meskipun komponen dalaman berfungsi dengan elok."


Senjata itu juga tidak akan berfungsi dengan kedudukan in-quarter dan half-cock, menurut laporan itu.


Bagaimanapun, senjata itu boleh berfungsi tanpa menarik picu sekiranya kelongsong diisi peluru dan de-cocked hammer mengetuk secara langsung.


Baldwin memberitahu ABC News dalam satu temu bual pada tahun lepas bahawa "picu pistol itu tidak ditarik."


Kes itu telah diserah kepada Pejabat Syerif Daerah Santa Fe untuk tindakan lanjut, lapor CBS News pada Jumaat.


Detektif dan pejabat sheriff telah menerima laporan forensik FBI pada Selasa lalu.


Detektif dari Jabatan Polis Daerah Suffolk di New York sedang berusaha untuk mendapatkan rekod telefon Baldwin dan rekod itu dijangka diterima dan didedahkan tidak lama lagi, kata penyiasat kepada CBS News.


"Pejabat peguam daerah telah bekerjasama dengan Suffolk County PD, dan peguam Baldwin, untuk memperoleh rekod telefon berkenaan," kata Syerif Daerah Santa Fe, Adan Mendoza dalam satu kenyataan.


"Setelah Suffolk County PD menghantar rekod itu kepada penguatkuasa undang-undang New Mexico, detektif kami perlu menyemak rekod telefon berkenaan dengan teliti untuk tujuan pembuktian," katanya.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post