Hilang 24 jam di hutan, warga emas ditemukan selamat

Mangsa ditemukan selamat selepas 24 jam hilang semasa keluar ke hutan. Gambar kredit Bomba

MUKAH—Seorang warga emas lelaki ditemukan selamat selepas 24 jam hilang  di kediamannya di Kampung Kekan Dalat, di sini, semalam.


Tang Teck Ping,64, dilaporkan keluar ke hutan berdekatan rumah sarang burung berdekatan kediamannya pada jam 8 pagi.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 7.54 pagi tadi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian.


"Setibanya di lokasi kejadian pasukan Bomba telah dimaklumkan bahawa mangsa telah berjaya ditemui oleh pihak polis dan orang awam di ladang Setian Jaya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,mangsa seterusnya dibawa dan di hantar ke hospital Mukah untuk pemeriksaan kesihatan.


"Setelah mendapat butir maklumat  daripada ahli keluarga mangsa,pasukan Bomba berangkat balik ke balai," ujarnya.


Operasi mencari dan menyelamat(SAR) tamat sepenuhnya pada jam 10 pagi.

Next Post Previous Post