Harga RON97 turun lima sen, RON95 dan diesel kekal
KUALA LUMPUR— Harga runcit bagi RON97 turun lima sen daripada RM4.55 kepada RM4.50 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 4 hingga 10 Ogos.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga petrol ROM95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling semasa bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global.
Menurut kementerian harga baharu itu berdasarkan kepada harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisma Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.