Dua maut, dua cedera kemalangan di Sibu

Anggota bomba sedang membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Ulu Oya awal pagi tadi. Gambar kredit Bomba Sarawak

SIBU-- Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Ulu Oya di sini, kira-kira 13 kilometer dari pusat bandar awal pagi hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 2.15 pagi tadi. 



Menurutnya, dalam kenderaan pertama seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan penumpang di bahagian belakang maut, manakala seorang pemandu lelaki cedera parah.


“Seorang penumpang wanita yang duduk di kerusi penumpang depan berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pasukan bomba.


“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sibu,” katanya.


Beliau berkata pemandu sebuah lagi kenderaan terlibat tidak mengalami kecederaan.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post