-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Budak 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

| Ogos 07, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-07T11:17:37Z
Operasi SAR budak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas sedang dilakukan oleh pasukan bomba di sungai Kampung Tanjong Katong petang tadi. Gambar kredit Bomba

LAWAS—Seorang budak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya  di Kampung Tanjong Katong, Sundar, di sini petang tadi.


Mangsa Nabil Suhaili, 12, sedang mandi bersama lima rakannya yang lain pada 2.50 petang sebelum dilaporkan hilang dalam kejadian 3.10 petang.



Laporan kehilangan mangsa dibuat seorang penduduk kampung  3.11 petang.


Ketua Zon 7 Limbang Awangku Mohd Hazmin  Awang Zainal  berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu jam 3.11 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.


“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas bergegas ke Kampung Tanjong Katong, Sundar untuk menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).


“Kaedah pencarian di permukaan air dijalankan melibatkan radius lima kilometer di sepanjang Sungai Sundar menuju ke hilir,” katanya hari ini.


Operasi SAR turut dibantu penduduk kampung.

×
Berita Terbaru Update