Bilik terbakar gara-gara cas komputer riba atas tilam

Gambar BBP Bintulu

BINTULU—Gara-gara terlupa memadam komputer riba yang dicas, sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Taman Sebiew Indah hampir musnah dalam kebakaran malam tadi.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada 9.57 malam.



Menurut beliau, sampai di rumah terbabit, pasukan bomba mendapati sebuah bilik di tingkat atas sedang terbakar.


“Sejurus itu, pasukan bomba menggunakan dua aliran salur mula bagi memadamkan kebakaran.


Pasukan bomba mengambil masa hampir satu jam untuk memadam kebakaran yang berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, selepas api berjaya dikawal, pasukan melakukan pemeriksaan bagi memastikan api padam sepenuhnya dan tidak berlaku kebakaran berulang.


Katanya, pemeriksaan yang dijalankan mendapati bilik terbabit musnah 50 peratus.


Mujurlah ianya berjaya dikawal serta tidak memusnahkan keseluruhan struktur rumah jenis kekal itu.


"Siasatan awal yang dijalankan mendapati kebakaran dipercayai bermula dari perbuatan mengecas laptop atas tilam dan lupa dipadamkan," ujar beliau.

Next Post Previous Post