-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Bangunan kedai baru siap terbakar

| Ogos 29, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-29T06:48:14Z
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah bangunan kedai di Kota Samarahan hari ini. Gambar kredit Bomba Sarawak

KOTA SAMARAHAN—Sebuah bangunan kedai yang baru siap di belakang Lepapa Hypermarket, di sini, terbakar pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 8.08 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.



"Setibanya di lokasi didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah bangunan kedai di tingkat satu terbakar 45 peratus isi dan struktur.


"Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kebakaran ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pasukan pemadam menggunakan teknik offensive membentang satu aliran dan pancutan masuk melalui tangga bangunan manakala satu aliran satu pancutan masuk menggunakan tangga Bomba melalui tingkap bagi mengawal serta memadam kebakaran.


"Setelah selesai dan keadaan didapati selamat, pihak Bomba berangkat balik ke balai, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

×
Berita Terbaru Update