Anak buaya sesat dalam parit

Anak buaya, Buaya tersesat, Buaya dalam parit, Kuala Baram, Sarawak Update
APM menangkap anak buaya yang tersesat dalam loji kumbahan di Kuala Baram. Gambar APM

MIRI—Kehadiran seekor anak buaya berukuran satu meter panjang mengemparkan beberapa kakitangan sebuah loji kumbahan di Kuala Baram di sini hari ini.


Anak buaya dipercayai 'tersesat' itu ditemui sekitar jam 8.42 malam tadi.



Menurut pegawai Angkatan Pertahan Awam Miri (APM) Kapten (PA) Usman Harto, seramai lima anggotanya telah dikerah ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu.


Operasi itu berjaya mengeluarkan anak buaya menggunakan peralatan khas dengan selamat yang kemudiannya diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.