Ajlan Bros Arab Saudi labur RM34 bilion di Malaysia, PM

Ajlan Bros Arab Saudi labur RM34 bilion, PM, Konglomerat Arab Saudi, Ismail Sabri, Berita Malaysia
Konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion dalam sembilan syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR— Konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (US$7.5 billion) dalam sembilan syarikat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau berkata pelaburan itu adalah dalam sektor semikonduktor, perdagangan sosial, pertahanan dan hiburan. 


Sembilan syarikat terbabit ialah Dagang NeXchange Bhd (DNeX), Aerodyne Systems Sdn Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd (NADI), Twistcode Technologies Sdn Bhd, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Bhd, Meta Universe Sdn Bhd, Light Up 7 Sdn Bhd and My Events Sdn Bhd, katanya dalam satu kenyataan hari ini. 


Ajlan Bros merupakan satu daripada konglomerat hartanah utama di Arab Saudi yang mengkhususkan dalam kediaman, perindustrian, komersial dan rumah gudang. 


Ia telah membuat pelaburan yang besar di lebih dari 25 negara dan memiliki aset bernilai lebih daripada US$15 bilion serta hasil lebih US$2 billon. 


-- BERNAMA 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.