5 bilion orang akan mati jika perang nuklear Russia-AS tercetus

5 bilion orang akan mati, Perang nuklear Russia-AS, Rusia, Amerika Syarikat
Gambar kredit UNILAD


Dianggarkan lima bilion penduduk dunia berisiko mati kelaparan dalam tempoh dua tahun jika perang nuklear antara Rusia dan Amerika Syarikat (AS) berlaku.


Menurut kajian, perlepasan jelaga ke atmosfera akan menghalang cahaya matahari untuk pertumbuhan tanaman makanan selain menyebabkan penyejukan global.



“Tiada tanaman yang dapat tumbuh tanpa matahari dan perang nuklear ini membawa kesan besar terhadap rantaian makanan.


Permulaan dianggarkan 360 juta mati kelaparan, namun jumlah dijangka meningkat berbilion-bilion berikutan kekurangan sumber makanan di peringkat global,” menurut UNILAD memetik kajian 'Ketidakamanan makanan global dan kebuluran akibat pengurangan tanaman, perikanan marin dan pengeluaran ternakan akibat gangguan iklim akibat jelaga perang nuklear'.


Kajian itu dibuat oleh sepasukan penyelidik dari Rutgers University (AS), Bergen University (Norway), Potsdam Institute for the Study of Climate Change (Jerman), Louisiana State University (AS) dengan mengambil senario perang nuklear antara Russia dan AS.


“Hasil kajian mendapati jelaga akan tersebar secara global dan menutupi bahagian atas atmosfera Bumi.


“Perang nuklear itu akan menganggu suhu bumi selain mengurangkan pengeluaran makanan di darat dan bekalan ikan global menyebabkan kebuluran” katanya.


Kajian itu menganggarkan, lebih dua bilion penduduk India sehingga Pakistan terkorban manakala lebih lima bilion lagi penduduk di AS sehingga Russia.


“Hanya satu penyelesaian jangka masa panjang malapetaka ini ialah mengharamkan sama sekali penggunaan senjata nuklear.


Kami mahu United Kingdom (UK), Perancis, AS, Russia, China, India, Pakisan dan Korea Utara menandatangani UN Treaty atau Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear,” kata Profesor Alan Robock, penyelidik dari Rutgers.


Katanya, data begitu jelas menunjukkan dunia patut menghalang perang nuklear daripada berlaku.


Malah awal bulan ini, Presiden Russia Vladimir Putin mengakui, tiada negara yang dapat memenangi perang nuklear tersebut dan cuba mengelak tercetusnya perang itu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.