Notification

×

Iklan

Iklan

Wanita meninggal dunia selepas jalani rawatan tradisional

| Julai 28, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-28T04:25:29Z

KUALA LUMPUR— Seorang wanita tempatan berusia 41 tahun meninggal dunia selepas menerima rawatan tradisional di sebuah rumah di Pandan Perdana di sini petang semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian pada kira-kira 6 petang itu, wanita berkenaan ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah teres itu oleh ibu mangsa.


"Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.35 petang semalam dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir.


“Susulan itu polis telah menahan pengamal perubatan tradisional berkenaan iaitu wanita tempatan berusia 51 tahun kira-kira sejam kemudian bagi membantu siasatan," katanya.


Mohamad Farouk berkata mangsa telah hadir ke rumah berkenaan sejak seminggu lepas bagi menjalani rawatan dan punca kejadian masih dalam siasatan.


Beliau berkata wanita berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Ampang Jaya hari ini untuk direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update