Wanita hina Islam di kelab komedi ditahan


KUALA LUMPUR -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita yang dipercayai menghina agama Islam sewaktu membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini.


Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata wanita itu direman tiga hari hingga 12 Julai ini.


"Ketika ini, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Brickfields dan siasatan masih diteruskan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.


Semalam, Noorsiah berkata PDRM sedang menyiasat insiden itu yang tular di media sosial dan mendapat respons negatif masyarakat khususnya umat Islam.


Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat) oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.


Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.