Wanita antara 30 individu ditangkap kerana dadah di Kuching

Gambar arkib ACP Ashmon Bajah

KUCHING-- Padah terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah, seramai 30 individu diberkas di sekitar bandar raya ini sepanjang minggu ini. 


Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, 30 suspek terdiri daripada 29 lelaki dan seorang wanita ditangkap oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuching dari tempoh 11 hingga 17 Julai lalu. 


"Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 21 hingga 36 tahun. 


"Pecahan kes daripada jumlah tangkapan tersebut, terdapat tiga kes Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 , tiga kes Seksyen 12 ( 2 ) ADB 1952 dan 22 kes sek 15 (1) (a) ADB 1952," katanya dalam kenyataan hari ini. 



Jelasnya, ekoran daripada operasi ini juga, polis berjaya merampas dadah jenis syabu sebanyak 31.19 gram, ketamin (5.95 gram) , ganja (7.18 gram) dan pil erimin 5 (4 biji). 


Selain itu, Ahsmon memberitahu, enam suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod lampau kesalahan dadah. 


Sehubungan itu, beliau berkata, pihak polis mengalu-alukan maklumat orang awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah. 

Next Post Previous Post