-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Tragedi Baling: SPRM siasat projek musang king di Gunung Inas

| Julai 10, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-10T13:46:10Z
Projek penanaman durian musang king di Gunung Inas. Gambar Facebook

ALOR SETAR-- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengumpul maklumat dan membuat bagi menentukan sekiranya wujud unsur rasuah atau salah laku berkaitan pembangunan projek ladang hutan durian Musang King di Gunung Inas, Kupang, Baling.


Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata ia adalah langkah awal suruhanjaya itu untuk mengenal pasti sekiranya wujud kesalahan di bawah bidang kuasanya yang dilakukan oleh mana-mana pihak berkaitan.


"Buat masa ini pihak kami akan menemui dan menemu duga pegawai agensi terlibat dan mereka dapat membantu kami untuk tujuan pengumpulan maklumat yang relevan.


"Jika ada kesalahan rasuah, maka pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya. Jika berlaku pelanggaran prosedur maka perkara ini akan dilakukan kepada pihak yang terlibat untuk tindakan penambahbaikan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Dia berkata SPRM akan mendapatkan dokumen dan kenyataan saksi yang terlibat dalam membuat keputusan pada peringkat awal proyek itu diluluskan atau lebih awal dari itu.


Shaharom Nizam berkata sekiranya SPRM tidak menemukan kesalahan kesalahan di bawah bidang kuasanya, suruhanjaya itu akan menyerahkan kepada agensi lain untuk tindakan lanjut.


Pada 4 Julai lepas, beberapa kawasan di Baling dilanda banjir selepas hujan lebat selama tiga jam menyebabkan 1.490 penduduk terjejas selain meragut tiga nyawa.


Pembangunan ladang durian Musang King di Gunung Inas, berhampiran kawasan tragedi berkaitan dengan kejadian itu yang mendorong desakan pelbagai pihak agar siasatan dilakukan ke atas projek itu.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update