Enam cedera, dua kereta bertembung

Gambar BBP Betong

BETONG--Enam cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jambatan Saka, Jalan Lidong, petang tadi.


Jurucakap dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong berkata, kemalangan yang berlaku pada 4.47 petang itu melibatkan kereta Proton Saga dan Perodua Bezza.



Katanya, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.


"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati dua kereta bertembung.


Bagaimanapun, kesemua mangsa sudah berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam,"katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, lima mangsa dihantar ke Hospital Betong menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang lagi dihantar menggunakan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Pasukan Bomba yang lengkap menggunakan PPE kemudian be memotong terminal bateri kereta Proton serta mengalihkan kenderaan tersebut ke tepi jalan dan membuat 'flushing' untuk membersihkan tempat kejadian.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.