Tiga individu ditahan, buat tuntutan palsu lebih RM800,000

Tiga individu ditahan, Tuntutan palsu, SPRM,

KOTA KINABALU—Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan tiga individu kerana dipercayai telah mengemukakan invois palsu bernilai lebih RM800,000 kepada pejabat sebuah kementerian pada tahun 2019.


Menurut sumber, ketiga-tiga suspek tersebut ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira pukul 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan.


Katanya, mereka dipercayai telah mengemukakan invois palsu berkaitan tuntutan bayaran kos pengangkutan bagi projek untuk tempoh tiga bulan iaitu daripada September hingga November 2019.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.


Tambahnya, ketiga-tiga suspek berkenaan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah dalam tempoh terdekat.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.