ADUN Stakan khuatir warga Samarahan terjebak dadah

ADUN Stakan, Warga Samarahan, Dadah, Datuk Hamzah Brahim, Sarawak Update

SAMARAHAN 20 Julai: Kebanyakkan kampung sekitar daerah Samarahan dikhuatiri pasti ada warganya yang terlibat masalah penyalahgunaan dadah.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim mendedahkannya dan ini berdasarkan pengalamannya sebagai orang biasa di daerah Samarahan.



"Saya tak pasti itu (statistik kes tangkapan dadah di daerah Samarahan) tapi saya pasti kebanyakkan kampung ada (warganya) yang terlibat, cuma kita kadang-kadang terlepas pandang," katanya di Program Penubuhan Biro Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Kawasan Penghulu Daerah Samarahan dan Daerah Asajaya di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini.


Hamzah sehubungan itu berharap penubuhan biro itu akan memberi impak besar kepada pihak yang mengaut keuntungan besar dengan merosakkan belia Sarawak dengan dadah.



Sementara itu, Pegawai Daerah Samarahan merangkap Pengerusi One Stop Committee (OSC) Daerah Samarahan,  Annuar Da'an berkata ketika ini penagihan dadah yang sedang menjalani pemulihan di daerah Samarahan ada seramai 107 orang.



Manakala di daerah Asajaya ( 65 orang), daerah Simunjan (20 orang), daerah Gedung (4 orang) dan daerah Sebuyau (seorang).


Sehubungan itu, beliau mahu penghulu daerah Samarahan dan Asajaya mengadakan aktiviti anti dadah di peringkat kampung.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.