Tawaran diskaun 50 peratus saman PDRM, JPJ melalui whatsapp palsu

Tawaran diskaun 50%, Saman PDRM, JPJ, Whatsapp palsu, Berita Malaysia

KUALA LUMPUR—Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan iklan promosi tawaran saman hingga 20 Julai yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp adalah palsu.


Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata iklan itu yang mempromosikan tawaran 50 peratus diskaun saman PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut memaparkan nombor individu yang boleh dihubungi bagi mendapatkan diskaun tersebut.


“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan iklan palsu berkenaan.


“Orang ramai yang menerima iklan promosi tersebut diminta tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan berita terutama mengenai tawaran pengurangan saman melalui saluran media rasmi PDRM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.