4 maut, pesawat bertembung di utara Las Vegas

4 maut, pesawat bertembung, di utara Las Vegas
Gambar kredit Facebook CNLV

MOSCOW-- Empat orang maut apabila dua pesawat bertembung di Las Vegas Utara di negeri Nevada AS, lapor Sputnik memetik Jabatan Bomba Bandar Las Vegas Utara (CNLV).


Laporan mengenai kejadian diterima pada pukul 12 tengah hari, waktu tempatan pada Ahad.


Petugas NLVFD [Jabatan Bomba Las Vegas Utara] dan LVFR [Bomba dan Penyelamat Las Vegas] bertindak sebaik menerima laporan kejadian.


“Pada masa ini empat kematian dilaporkan. Punca kemalangan masih disiasat," kata jabatan itu di media sosial.


Menurut laporan KLAS-TV yang memetik Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS, pesawat Piper PA-46 bertembung di udara dengan Cessna 172 (kedua-dua pesawat enjin tunggal), ketika sedang bersedia untuk mendarat. Setiap pesawat membawa dua orang, menurut FAA.


FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menyiasat nahas itu.


--BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.