Salah masuk gear, Toyota Vios rempuh pintu kaca Plaza Merdeka

Salah masuk gear, Toyota Vios, Plaza Merdeka, Sarawak Update, Berita Sarawak terbaru
Tangkap layar kereta merempuh pintu kaca Plaza Merdeka pagi tadi.

KUCHING— Orang ramai yang mengunjungi Plaza Merdeka di sini dikejutkan dengan insiden sebuah kereta merempuh pintu kaca pusat beli-belah pada 9.30 pagi tadi.


Borneo Network difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu perempuan kereta Toyota Vios itu salah masuk gear ketika hendak memasuki kawasan parkir di D1.


“Kereta tersebut lalu melanggar penghadang besi sebelum merempuh pintu kaca berhadapan tangga lif.


Mujurlah tiada kecederaan. Pemandu kenderaan juga dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” katanya.


Sementara itu, kakitangan Plaza Merdeka segera membersihkan lokasi kejadian bagi mengelak serpihan kaca terkena orang awam.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.