-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Rumah terbakar ketika semua penghuni keluar

| Julai 04, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-04T08:35:58Z

Sebuah rumah jenis kekal satu tingkat terbakar di Taman Muara Tuang petang tadi. Gambar kredit Bomba


KOTA SAMARAHAN—Sebuah rumah rumah jenis kekal satu tingkat terbakar di Taman Muara Tuang , di sini, petang ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kita Samarahan dibantu BBP Tabuan Jaya sebaik menerima panggilan kecemasan 2.18 petang.



"Setibanya di tempat  kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal satu tingkat berkeluasan 25 kaki x 30 kaki persegi telah terbakar 70 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pihak Bomba bertindak mengawal serta memadam dengan menggunakan teknik ‘offensive’. 


"Tindakan pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dan  satu aliran 100 kaki satu nozel," ujarnya.


Katanya, ketika kejadian berlaku semua penghuni tiada di rumah.


Operasi memadam kebakaran tamat pada  jam 3.09 petang.

×
Berita Terbaru Update