Remaja perempuan ditahan jual judi online


BAU— Baru berusia 18 tahun, namun seorang remaja perempuan ditahan selepas disyaki menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.


Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di sebuah pondok perhentian bas Kampung Sibuluh, Jalan Kampung Sibuluh Bau - Kuching kira-kira 5.30 petang semalam.



“Polis turut merampas seunit telefon pintar, sim kad dan sejumlah wang daripaa suspek,” katanya dalam kenyataan semalam.


Poge menambah, remaja perempuan yang tiada rekod kesalahan lampau itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Katanya, sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara. 

Next Post Previous Post