Premier Sarawak adakan lawatan 5 hari ke Singapura hingga 9 Julai


SINGAPURA-- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengadakan lawatan lima hari ke Singapura sehingga 9 Julai 2022, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu.


Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong, serta Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras untuk Keselamatan Nasional Teo Chee Hean, kata MFA dalam laman sesawangnya.


Beliau juga akan bertemu beberapa menteri lain termasuk Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Grace Fu, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, dan Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Perdagangan dan Industri Kedua Dr Tan See Leng.


MFA berkata Premier juga akan melawat Taman Bishan-Ang Mo Kio, dan melawat beberapa syarikat Singapura.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post