Premier Sarawak adakan kunjungan hormat terhadap PM Lee

Gambar kredit Sarawakku

SINGAPURA— Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengetuai lawatan sambil belajar lima hari ke Singapura sehingga 9 Julai, hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lee Hsien Loong di pejabatnya di Istana, di sini.


Dalam pertemuan selama setengah jam itu, kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan mengenai perkara melibatkan kepentingan bersama Sarawak dan Singapura serta isu-isu serantau dan dunia, menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak.


Kunjungan hormat itu sebahagian atur cara Premier di sini untuk mendapatkan pandangan mengenai operasi dan pengurusan dana kekayaan berdaulat Singapura serta menggalakkan lagi kerjasama ekonomi antara republik itu dan Sarawak. 


Beliau diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Profesor Datuk Seri Dr Sim Kui Hian. Turut sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.


Terdahulu, pada sebelah pagi Premier dan anggota delegasi turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong.


Diikuti pertemuan dengan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean.


Delegasi itu turut melawat ibu pejabat Temasek Holdings dan menerima taklimat mengenai operasi serta pengurusan pelaburan domestik kerajaan Singapura. 


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.