Pesawat kargo Ukraine terhempas di Greece

Pesawat kargo Ukraine, Pesawat Ukraine terhempas, pesawat Antonov An-12, Pesawat terbakar, Pesawat terhempas

ATHENS—Sebuah pesawat kargo Ukraine yang membawa lapan anak kapal dilaporkan terhempas berhampiran bandar Kavala di utara Greece pada petang Sabtu, menurut Xinhua.


Sebelum terhempas pesawat Antonov An-12 yang dalam penerbangan dari Serbia ke Jordan itu meminta kebenaran untuk pendaratan cemas dan memaklumkan pihak berkuasa Greece mengenai  masalah enjin, lapor penyiar ERT, memetik sumber Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Greece.


Menurut saksi kejadian pesawat itu terbakar dan terhempas di ladang jagung disusuli letupan kuat. 


Operasi menyelamat masih berjalan. Maklumat awal menyatakan pesawat itu membawa 12 tan kargo termasuk peluru namun, ia masih belum dapat disahkan. 


Susulan itu beberapa kawasan berhampiran lokasi kejadian mengalami gangguan bekalan elektrik kerana pesawat berkenaan dikatakan turut melanggar kabel elektrik.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.