Pembekuan sementara pekerja Indonesia tidak jejaskan Sarawak

Pembekuan sementara, Pekerja Indonesia, Sarawak Update, Berita Sarawak terbaru
Abang Johari menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Peringatan HADK dan Program JTDL Keluarga Malaysia Negeri Sarawak 2022 di Gedong. Gambar Jabatan Penerangan Sarawak

GEDONG-- Pembekuan sementara kemasukan pekerja Indonesia dilihat tidak beri masalah buat Sarawak, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Memetik laporan Suara Sarawak, Abang Johari berkata, keputusan Kerajaan Indonesia membekukan sementara kemasukan pekerja negara itu ke Malaysia adalah lebih kepada pengambilan pembantu rumah warganegara tersebut.

 

“Ia merupakan dasar Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Persekutuan, tetapi saya difahamkan oleh Konsul Jeneral bahawa masalah ini sedang dibincangkan (antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia) tersebut, Sarawak tiada masalah sangat.


"Daripada sudut masalah yang bakal timbul, negeri ini tiada masalah, ia cuma melibatkan pembantu rumah,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan dan Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia 2022 di Dewan Patinggi Ali, di sini, hari ini.


Pada Rabu lalu, Kerajaan Indonesia telah membekukan sementara kemasukan pekerja warganegaranya ke Malaysia suslan pelanggaran perjanjian pengambilan pekerja yang ditandatangani antara kedua-dua negara.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.