Miliki dadah, pemuda berdepan hukuman gantung

Dadah, Hukuman gantung, Jenayah, Sarawak Update
Dadah yang dirampas dalam serbuan polis di sebuah hotel di Jalan Pahlawan, Rabu lalu. Gambar PDRM

SIBU— Polis menahan seorang pemuda dan merampas dadah jenis methamphetamine seberat 52.72 gram bernilai RM5,270 di sebuah hotel, Jalan Pahlawan disini Rabu lalu.


Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata suspek berusia 25 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sekitar 11.35 malam.


“Pemeriksaan awal menemukan satu paket plastik lutsinar berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 52.72 gram dengan nilai pasaran dianggarkan RM5,270,” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata suspek ditahan reman empat hari sehingga 24 Julai untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.