Lelaki tidak sedar diri dalam kereta disahkan meninggal dunia

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Pisang Emas, pagi tadi. Gambar BBP Bintulu

BINTULU— Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas dijumpai tidak sedarkan diri di dalam sebuah pacuan empat roda di tepi Jalan Pisang Emas, di sini pagi tadi.


Mangsa, 47 tahun, dijumpai oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang kebetulan sedang melakukan tugas lanskap di kawasan belakang balai sekitar 9.30 pagi.


Gambar BBP Bintulu


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sampai di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati kenderaan mangsa terlibat kemalangan.


“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada bahagian kerusi duduk pemandu hadapan.


Pihak bomba terus menghubungi pihak hospital dan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.


Mayat mangsa kemudiannya  diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Next Post Previous Post