Lelaki Nyaris Maut, Kereta Dipandu Dihempap Pokok

Gambar BBP Bintulu


BINTULU: Seorang lelaki berusia 37 tahun nyaris maut selepas kereta yang dipandunya dihempap sebatang pokok di hadapan Stadium Bintulu di Jalan Tanjung Kidurong awal pagi tadi.


Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang memandu di laluan terbabit sebelum sebatang pokok kayu tepi jalan tumbang lalu menghempap kereta jenis Proton Wira yang dipandunya.


Gambar BBP Bintulu


"Sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.44 pagi  bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa serta pembersihan jalan," ujarnya.


Gambar BBP Bintulu


Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati mangsa sudah berjaya mengeluarkan diri dari kereta yang dipandunya tanpa mengalami sebarang kecederaan.


Gambar BBP Bintulu


Mujurlah katanya insiden ini tidak mendatangkan kecederaan serta impak kemalangan yang lebih buruk lagi.


Selepas keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.

Next Post Previous Post