Lelaki maut, pikap terbalik

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang kemalangan di Sungai Manong, Batu Niah malam tadi. Gambar kredit Bomba 

BATU NIAH—Seorang lelaki maut selepas pikap dipandu kemalangan kendiri lalu terbalik di tengah jalan di Sungai Manong, Simpang Ngu Batu Niah, di sini, malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.44 malam.


“Sampai di lokasi, pihak Bomba melakukan usaha mengeluarkan dengan peralatan menyelamat.


Mangsa berusia 25 tahun berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Operasi tamat sepenuhnya pada 10.36 malam.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.