Lelaki maut jatuh apartment


KUCHING—Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci maut selepas jatuh dari sebuah apartment di Batu 7, di sini petang tadi.


Borneo Network diberitahu, kejadian berlaku pada jam 4 petang apabila lelaki dipercayai pekerja asing yang bekerja di sebuah syarikat pembersihan, itu didakwa telah tergelincir lalu jatuh.


Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan insiden itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan.


Maklumat mangsa diperolehi melalui KTP Indonesia yang dijumpai di dalam dompet poket belakang seluarnya. 


Mangsa, 28, telah jatuh dari bangunan apartment  yang telah disewa lebih kurang sebulan yang lepas. 


"Mangsa disyaki tinggal dengan 2 orang lagi disyaki warga Indonesia. Polis menyeru saksi-saksi bebas tampil untuk membantu siasatan," kata Abang Zainal.

Next Post Previous Post