-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Kenaikan OPR tidak jejas minat beli rumah mampu milik

| Julai 12, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-12T10:39:35Z
Gambar arkib


PUTRAJAYA—Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak menjejaskan minat orang ramai untuk membeli rumah mampu milik yang ditawarkan pada Karnival Jom Beli Rumah 2022 berlangsung selama tiga hari di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur, bermula Jumaat ini.


Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk M Noor Azman Taib berkata kira-kira 10,000 rumah mampu milik berharga bawah RM300,000 ditawarkan pada karnival itu, yang menjadi tarikan utama kerana pembeli dapat membeli rumah 'di bawah harga pasaran'. 


"Contoh harga sebuah rumah di Kuala Lumpur ikut pasaran mungkin mencecah RM400,000, apabila dia beli rumah itu dia dah beli rumah below market price (di bawah harga pasaran), jadi di situlah tarikan untuk dia beli rumah mampu milik.


"Kita jangkakan 20,000 pengunjung akan hadir ke karnival itu untuk merebut peluang pemilikan rumah yang ditawarkan," katanya ketika ditemui media pada Program Ibadah Korban KPKT Bersama Warga Bomba, di sini hari ini.


Pada 6 Julai, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk menaikkan OPR, yang menjadi penanda aras pinjaman dan tabungan, sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 2.25 peratus. Ia kenaikan kedua berturut-turut tahun ini selepas OPR dinaikkan 25 mata asas kepada 2.00 peratus pada Mei lepas.


M Noor Azman berkata pelbagai insentif dan rebat yang ditawarkan juga adalah antara tarikan karnival seperti pengecualian duti setem untuk tempoh 2021 hingga 2025 seperti diumumkan kerajaan.


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa membentangkan Bajet 2021 mengumumkan pelaksanakan pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.


M Noor Azman berkata golongan belia yang ingin memiliki rumah terutama bekerja dalam ekonomi gig turut digalakkan menghadiri Karnival Jom Beli Rumah 2022 kerana terdapat reruai i-Biaya menawarkan kemudahan pembiayaan perumahan bagi mereka berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.


i-Biaya yang juga inisiatif KPKT dan Kementerian Kewangan menawarkan tiga skim permbiayaan iaitu Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP); Skim Rumah Pertamaku (SRP); dan Skim PR1MA 'Rent-to-Own'.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update