Lelaki cedera kereta terjunam dalam parit


BAU--Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu hilang kawalan terjunam ke dalam parit di Kampung Senibong, Jalan Lundu-Bau, di sini petang semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.53 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lundu ke lokasi kejadian.



"Setibanya di lokasi kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza telah hilang kawalan dan  dan terjunam dalam parit.


"Terdapat seorang mangsa  dalam keadaan cedera dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, pasukan Bomba telah membantu mengeluarkan mangsa.


"Seterusnya  mangsa telah dihantar hospital  lundu menggunakan jentera EMRS untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Next Post Previous Post