Lelaki buat khianat bakar kotak meter pencawang

Lelaki buat khianat, Lelaki bakar kotak meter, Menara pencawangan telekomunikasi, Sarawak Update

SIBU— Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati melakukan khianat dengan api iaitu membakar kotak meter menara pencawangan telekomunikasi di Jalan Archer pada Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 48 tahun itu dilakukan susulan laporan daripada juruteknik SESCO pada 4 petang hari yang sama yang memaklumkan kejadian itu.


“Pada 18 Julai sekitar 4 petang polis telah menerima satu memaklumkan bahawa kotak meter elektrik di Jalan Archer telah terbakar dan terdapat unsur khianat dalam kejadian tersebut.


Pada 20 Julai 3.30 petang, satu tangkapan oleh pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Sibu telah dibuat ke atas seorang suspek tempatan,” katanya dalam kenyataan.


Beliau menambah, urut dirampas sehelai seluar pendek dan satu batang pemetik api. 


Hasil semakan rekod jenayah juga mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. 


Suspek ditahan reman semalam bag membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.