Kem karate sumbang tiga pingat emas di Aug 2022

Kem karate sumbang, Tiga pingat emas, Skuad karate, AUG, C. Shahmalarani
C. Shahmalarani menghadiahkan emas apabila menewaskan wakil Laos dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg) wanita. Gambar kredit KOSMO

UBON RATCHATHANI—Skuad karate negara mencipta sensasi apabila merangkul tiga pingat emas masing-masing menerusi acara kata dan kumite pada hari kedua temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di sini, hari ini.


Pada aksi di Kampus Ban Yang Noi,  skuad negara memulakan tuaian emas apabila menundukkan pasukan tuan rumah Thailand bagi acara kata lelaki berpasukan.


Trio negara dibarisi Kojiro Yong, Song Chan Zhen dan Dennis Lim Kai Xiang dalam acara itu mempamerkan aksi yang cukup memukau juri bagi melayakkan mereka meraih emas acara itu.


Dalam pada itu, atlet kumite negara, C. Shahmalarani menepati sasaran apabila menghadiahkan emas apabila menewaskan wakil Laos dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg) wanita.


Malaysia kemudian berhasil meraih emas ketiga menerusi acara kumite 55kg wanita selepas P. Madhuri mengalahkan rakan sepasukan, G.Dharishini, di final, justeru, pingat perak turut menjadi milik Malaysia.


Sementara itu, acara kata individu lelaki menyaksikan wakil Malaysia, Chan Zhen meraih pingat perak diikuti Kojiro meraih gangsa manakala peserta dari Indonesia membawa pulang emas.


Acara kata individu wanita pula menyaksikan Malaysia meraih pingat perak menerusi Madeline Wong.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.