Jenazah rakyat Sarawak yang meninggal dunia di Selangor dijangka tiba di Kuching esok

Jenazah rakyat Sarawak, Hamzah Simatupang, Rakyat Sarawak meninggal, Sungai Buluh, Jenazah diterbangkan ke Sarawak, Sarawak Update


KUCHING—Jenazah rakyat Sarawak yang meninggal di Sungai Buluh, Selangor semalam, Hamzah Simatupang,41, akan diterbangkan balik ke Sarawak esok.

Menurut salah seorang pegawai Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur (PPSKL) ketika dihubungi hari ini, jenazah allahyarham telah diuruskan PPSKL hari ini.

"Jenazah akan diterbangkan pagi esok dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7:30 pagi dan dijangka sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 9:30 pagi.

"Jenazah akan diuruskan oleh pihak keluarga  waris di Kuching," katanya.

Sementara itu katanya, urusan anak-anaknya masih dalam proses dokumentasi dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan JKM Sarawak.

Dalam pada itu, bantuan kewangan dan makanan telah diserahkan oleh wakil PPSKL kepada anak-anak arwah pagi tadi, ujar beliau lagi.

Sebelum ini, allahyarham, Hamzah Simatupang, 41, dilaporkan meninggal dunia semalam akibat serangan jantung ketika sedang membanting tulang mencari rezeki buat tiga anak-anaknya.

Perkara itu didedahkan oleh anak saudara allahyarham, Jamilia Sulaiman ketika dihubungi Sarawak Viral News semalam.

"Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan ketiga-tiga mereka tiada waris yang dapat menjaga di Selangor memandangkan ibunya telah meninggal dunia tahun lepas," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.